Friday 1 June 2012

Lagu buah-buahan


Papaya


Buah papaya atau betik amat mudah ditemui di negara-negara tropika ini ternyata mengandungi banyak khasiat. 

Nama saintifik papaya adalah Carica Fistula Leguminosae.

Papaya mengandungi provitamin A dan vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau. Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar.

Papaya juga mengandungi pektin, asid butanoikdan proteolistik enzim papain. Ia dapat merawat asthma.Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan.

Papaya juga dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan, melancar saluran pencernaan makanan.

Papaya dapat mengubati penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti: menyembuhkan luka, menghilangkan infeksi dan menghilangkan allergy.
Air rebusan daun papaya berupaya menghasilkan perubahan bentuk badan - langsing dan dapat mengeluarkan cacing dalam perut.
Manakala air rebusan akarnya pula boleh digunakan untuk penghadaman dan sebagai tonik.

Susu pokok papaya pula dapat mengubati pelbagai jenis penyakit kulit.

Manakala biji papaya pula digunakan untuk merawat penyakit buasir dan penyakit puru.
Bagi keluarga yang memiliki halaman yang agak luas adalah lebih baik menanam sendiri tumbuhan ini. Sambil berbakti kepada tanah kita dapat mengekalkan kesihatan diri dan keluarga.


Manggis


Buah manggis kaya dengan Xanthones  yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.
Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.


Pisang
















Pisang pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.

Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini    

                                                          kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.




Pulasan











Buah Pulasan atau nama sainsnya Nephelium mutabile adalah sejenis buah yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan. Tetapi biji buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding buah rambutan. Namanya yang datang dari perkataan Bahasa Melayu “pulas” (twist) kerana untuk mendapatkan isinya untuk dimakan, buahnya haruslah dipulaskan dahulu dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Maka dengan itulah ia dipanggil buah pulasan.
Ciri-ciri
Buah pulasan diselitupi bulu yang lebih keras berbanding rambutan. Di Filipina ia dikenali sebagai 
 bulala. Buah Pulasan dimakan begitu sahaja, ia sesedap rambutan dan laici, tetapi amat jarang dijumpai diluar Asia Tenggara.

Mangga



Berasal dari kelurga Anacardiaceae dan nama saintifiknya dikenali sebagaiMangifera Indica. Jus buah ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.
Penyakit hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak. Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan untuk mereda dan menyembuhkan penyakit ini.Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam mangga akan mempercepatkan proses penyembuhan di dalam dan di luar badan.
Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penghidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.
Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga dengan menggunakan straw dan bukannya dengan meminum terus. Memandangkan kandungan gula yang tinggi hanya secawan sahaja dihadkan dan bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan alahan adalah dinasihati membataskan penggunaannya.


Rambutan




Selain sedap dimakan, rambutan juga memiliki sejumlah khasiat bagi kesehatan. Berbagai referensi menyebutkan, khasiat rambutan yang baik untuk kesehatan tidak lepas dari kandungan kimia di dalamnya. Sebab buah rambutan mengandung senyawatannin. Sedangkan bijinya mengandung polifenol yang cukup tinggi. Komposisi zat kimia di dalam biji ini boleh menghasilkan khasiat hipoglikemik untuk menurunkan kadar gula darah. Sedangkan kulit buahnya mengandung saponin.
Sejumlah pakar tanaman obat juga meyakini isi buah rambutan mengandung zat yang cukup lengkap. Mulai dari karbohidrat, protein, lemak, fosfor, besi, kalsium, sampai vitamin C. Sejumlah penyakit boleh diobati dengan buah rambutan.
Kencing manis
Salah satunya. Caranya, lima buah rambutan yang sudah masak, dipisahkan bijinya, Kemudian biji tersebut dipotong menjadi bagian-bagian kecil terus digoreng hingga warnanya kuning kehitaman. Biji ini kemudian ditumbuk hingga halus, dan dicampur dengan air panas. Setelah dingin, bagian air yang berwarna kekuningan diminum. Sedangkan ampas atau endapannya dibuang. Ini dilakukan sebelum makan sebanyak satu hingga tiga kali sehari.
Demam:
Kulit buah rambutan juga berkhasiat untuk mengatasi demam. Sebanyak 15 gram kulit buah yang kering lalu dicuci dan direbus dengan tiga gelas air hingga mendidih. Setelah dingin lalu disaring dan diminum. Ini dilakukan tiga kali sehari.
Mengurangi Uban Di Rambut
Rambutan juga boleh dimanfaatkan untuk mengurangi uban. Yang digunakan adalah daunnya. Caranya, daun rambutan secukupnya lalu ditumbuk hingga halus. Selanjutnya tambahkan sedikit air dan digaul hingga rata. Kemudian peraslah airnya lalu ditapis. Air ini kemudian digunakan untuk membasahi rambut. Agar hasilnya maksima, lakukan hal ini setiap hari hingga rambut terlihat lebih hitam.
Sariawan (Pecah-pecah bahagian dalam Mulut – Ulcer)
Cuci kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tersisa satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi hangat .