Buah
Pulasan atau nama sainsnya Nephelium
mutabile adalah
sejenis buah yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan. Tetapi biji
buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding
buah rambutan. Namanya yang datang dari perkataan Bahasa Melayu “pulas” (twist)
kerana untuk mendapatkan isinya untuk dimakan, buahnya haruslah dipulaskan
dahulu dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Maka dengan itulah ia
dipanggil buah pulasan.
Ciri-ciri
Buah pulasan
diselitupi bulu yang lebih keras berbanding rambutan. Di Filipina ia dikenali
sebagai
bulala. Buah Pulasan dimakan begitu sahaja, ia sesedap rambutan dan
laici, tetapi amat jarang dijumpai diluar Asia Tenggara.
No comments:
Post a Comment