Friday, 1 June 2012

Pisang
















Pisang pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.

Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini    

                                                          kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.




No comments:

Post a Comment